
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
BAGAIMANA FASTABIQUL KHAYRAT BERMULA?
Kami bermula pada Ramadan 2021 secara rasmi. Bermula dengan dana poket sendiri, kami sekadar ingin menjamu anak anak yatim di sekitar Selangor berbuka puasa pada setiap hari. Jadi pihak kami sendiri memasak Nasi Arab hampir setiap hari sebanyak 50-100 pek untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan anak anak yatim dan rumah rumah asnaf. Alhamdulillah kami konsisten dapat bantu lebih dari 20 rumah anak yatim ketika itu untuk menjamu mereka berbuka puasa.
Alhamdulillah di sekitar akhir Ramadan, ada individu individu yang menaja pek pek makanan anak yatim untuk pihak kami sediakan dan serahkan pada mereka. Dan bilamana berakhirnya Ramadan, mereka meminta untuk diteruskan pek makanan ini terus disediakan oleh kami dan terus dihantar pada mereka secara mingguan pada hari Jumaat dan hujung minggu,
Dan ianya berterusan hinggalah hari ini. Kami juga membuka peluang ini pada mana mana dermawan yang ingin infaq Jumaat dan mencari saluran yang dipercayai, telus dan dipantau sepenuhnya oleh pihak Asatizah bagi memastikan 100% sumbangan anda sampai pada anak anak yatim.
SASARAN RAMADAN 2025 :
3500 PEK MAKANAN
40 RUMAH ANAK YATIM
Dan bagi Ramadan tahun ini, kita sasarkan untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka untuk 3500 pek makanan bagi 40 buah rumah anak Yatim dan Rumah Kebajikan di Seluruh Negara Insya Allah. Sokongan tuan puan dari bentuk dana sangat dialu alukan bagi Ibadah Ramadan kita tahun ini.
Pihak Fastabiqul Khayrat akan memasak sendiri dan akan pek pek makanan untuk kami edarkan. Pelbagai jenis masakan dan lauk seperti Ayam dan Daging kami sediakan.
Pihak Fastabiqul Khayrat jamin 100% sumbangan anda akan sampai pada mereka tanpa berkurang 1 sen pun.
Makanan yang disediakan dalam dulang. Kebiasaannya disediakan begini jika berbuka puasa beramai ramai pada bulan Ramadan yang mulia ini. Menu yang disediakan ialah Ayam + Kambing.
Antara penyerahan hasil sumbangan kepada rumah anak anak yatim dan rumah kebajikan.
Alhamdulillah setakat ini lebih dari 3500 individu dan pek makanan yang kami laksanakan amanah untuk kami sampaikan sumbangan dan infaq mereka. Moga terus bermanfaat pada semua dan pahala yang sentiasa mengalir tidak putus putus.
RM1 mungkin nampak kecil pada kita. Tetapi sangat besar disisi Allah dan mungkin akan jadi penyelamat kita di Akhirat kelak.
BAGAIMANA BENTUK MAKANAN YANG AKAN DIBERI?
Kebiasaanya kami akan pek siap siap satu pek makanan lengkap Nasi + Lauk + Air + Kuih Kuih/Buah Buahan. Ada juga kadang kala pihak Rumah Anak Yatim minta beri dalam periuk sahaja sebab biasanya mereka akan makan dalam dulang beramai ramai. Jadi biasanya kami akan pecahkan pada 3 pakej harga yang mudah untuk dermawan pilih.
Tajaan Satu Slot Iftar (30 orang) : RM 300
1 Dulang Lengkap : RM 50
1 Hari 1 Pek Makanan : RM 10
Tetapi kami juga menerima tidak kira berapa pun anda sumbangkan kerana setiap RM1 cukup bernilai untuk mereka. Kami akan cukupkan supaya dapat menyediakan hidangan untuk mereka.
----------------------------------------------------------------
Bekalan Makanan Harian
![]()
Ada juga sesetengah Rumah Kebajikan dan Anak Yatim yang lebih memerlukan makanan harian untuk kegunaan harian mereka pada bulan Ramadan ini. Mereka ada yang lebih suka memasak sendiri di dapur beramai ramai. Maka ada yang kami bekalkan mereka stok stok makanan seperti diatas. Ini semua hasil sumbangan para dermawan seperti anda.
---------------------------------------
UNTUK TRANSAKSI SECARA MANUAL / CDM / TRANSFER BOLEH BANK IN KE AKAUN DIBAWAH :
CIMB : FASTABIQUL KHAYRAT SOLUTION
NO AKAUN : 8604958852
PENGESAHAN : AKAUN INI DIKHUSUSKAN UNTUK PROJEK INFAQ MAKANAN DAN DIPANTAU SEPENUHNYA OLEH PIHAK ASATIZAH DAN PIHAK BERAUTORITI BAGI MEMASTIKAN 100% UNTUK PEK MAKANAN.
![]()
SEBARANG PERSOALAN BOLEH WHATSAPP :
USTAZ AMMAR - 01156442790
- Jom bantu bersama sama dan ayuh manfaatkan RAMADAN tahun ini dengan memperbanyakkan amalan dan pahala kita.
#FastabiqulKhayrat