Tajaan Infaq Pek Makanan

Tajaan Infaq Pek Makanan

ALHAMDULILLAH KAMI DAH MEMASAK, MENYEDIAKAN MAKANAN DAN TELAH MENGHANTAR LEBIH 3500 PEK MAKANAN PADA LEBIH 50 RUMAH ANAK YATIM DAN RUMAH KEBAJIKAN ASNAF SELURUH MALAYSIA.

BAGAIMANA FASTABIQUL KHAYRAT BERMULA? 

Kami bermula pada Ramadan 2021 secara rasmi. Bermula dengan dana poket sendiri, kami sekadar ingin menjamu anak anak yatim di sekitar Selangor berbuka puasa pada setiap hari. Jadi pihak kami sendiri memasak Nasi Arab hampir setiap hari sebanyak 50-100 pek untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan anak anak yatim dan rumah rumah asnaf. Alhamdulillah kami konsisten dapat bantu lebih dari 20 rumah anak yatim ketika itu untuk menjamu mereka berbuka puasa.

Alhamdulillah di sekitar akhir Ramadan, ada individu individu yang menaja pek pek makanan anak yatim untuk pihak kami sediakan dan serahkan pada mereka. Dan bilamana berakhirnya Ramadan, mereka meminta untuk diteruskan pek makanan ini terus disediakan oleh kami dan terus dihantar pada mereka secara mingguan pada hari Jumaat dan hujung minggu,

Dan ianya berterusan hinggalah hari ini. Kami juga membuka peluang ini pada mana mana dermawan yang ingin infaq Jumaat dan mencari saluran yang dipercayai, telus dan dipantau sepenuhnya oleh pihak Asatizah bagi memastikan 100% sumbangan anda sampai pada anak anak yatim.

                 

Pihak Fastabiqul Khayrat akan memasak sendiri dan akan pek pek makanan untuk kami edarkan. Pelbagai jenis masakan dan lauk seperti Ayam dan Daging kami sediakan.


Pihak Fastabiqul Khayrat jamin 100% sumbangan anda akan sampai pada mereka tanpa berkurang 1 sen pun.



Makanan yang disediakan dalam dulang. Kebiasaannya disediakan begini jika berbuka puasa beramai ramai. Menu Ayam + Kambing.




Antara penyerahan hasil sumbangan kepada rumah anak anak yatim dan rumah kebajikan.




Alhamdulillah setakat ini lebih dari 3500 individu dan pek makanan yang kami laksanakan amanah untuk kami sampaikan sumbangan dan infaq mereka. Moga terus bermanfaat pada semua dan pahala yang sentiasa mengalir tidak putus putus.



RM1 mungkin nampak kecil pada kita. Tetapi sangat besar disisi Allah dan mungkin akan jadi penyelamat kita di Akhirat kelak.


BAGAIMANA BENTUK MAKANAN YANG AKAN DIBERI?

Kebiasaanya kami akan pek siap siap satu pek makanan lengkap Nasi + Lauk + Air + Kuih Kuih/Buah Buahan. Ada juga kadang kala pihak Rumah Anak Yatim minta beri dalam periuk sahaja sebab biasanya mereka akan makan dalam dulang beramai ramai.  Jadi biasanya kami akan pecahkan pada 3 pakej harga yang mudah untuk dermawan pilih.

1 Dulang Lengkap = RM 50
20 Pek Makanan = RM 150
100 Pek Makanan = RM 500

Tetapi kami juga menerima tidak kira berapa pun anda sumbangkan kerana setiap RM1 cukup bernilai untuk mereka.



----------------------------------------------------------------

Bekalan Makanan Harian




Ada juga sesetengah Rumah Kebajikan dan Anak Yatim yang lebih memerlukan makanan harian untuk kegunaan harian mereka. Maka ada yang kami bekalkan mereka stok stok makanan seperti diatas. Ini semua hasil sumbangan para dermawan seperti anda.


-------------------------------------------------


UNTUK TRANSAKSI SECARA MANUAL / CDM / TRANSFER BOLEH BANK IN KE AKAUN DIBAWAH :


CIMB : FASTABIQUL KHAYRAT SOLUTION


NO AKAUN : 8604958852


PENGESAHAN : AKAUN INI DIKHUSUSKAN UNTUK PROJEK INFAQ MAKANAN DAN DIPANTAU SEPENUHNYA OLEH PIHAK ASATIZAH DAN PIHAK BERAUTORITI BAGI MEMASTIKAN 100% UNTUK PEK MAKANAN.


UNTUK SEBARANG SOALAN DAN MAKLUMAT LANJUT BOLEH WHATSAPP :

USTAZ AMMAR 01156442790




- Jom bantu bersama sama dan berkongsi rezeki hari ini dengan memperbanyakkan amalan dan pahala kita. #FastabiqulKhayrat


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
240 PEK MAKANAN : RM3000
80 PEK MAKANAN : RM1000
40 PEK MAKANAN : RM500
8 PEK MAKANAN : RM100
TAJAAN SATU SET IFTAR - HANYA RM10 | infaqramadan.my
5 Set Iftar (Sedulang) - RM50
Seikhlas Hati - RAMADAN
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Boleh salurkan sumbangan ikhlas anda bernilai RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda tidak diwajibkan mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
  • Akaun ini telah dikhususkan untuk Projek Infaq Pek Makanan ini sahaja.
PenamaFastabiqul Khayrat Solution
No. Akaun8604958852
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN